Tinjauan Pelaksanaan Pendidikan al-Quran Bagi Golongan Pekak Di Malaysia

Pendidikan al-Quran merupakan satu keperluan serta tuntutan bagi manusia yang bergelar Muslim sama ada bagi golongan tipikal mahupun golongan istimewa. Golongan istimewa adalah golongan yang memiliki ketidakupayaan yang berbeza-beza dari sudut  fizikal, penglihatan, pendengaran, kognitif serta pelbagai. Bagi golongan pekak ia  mempunyai ketidakupayaan dari sudut pendengaran serta pertuturan. Ketidakupayaan pendengaran pula terbahagi kepada tiga iaitu ringan, sederhana dan teruk. Oleh itu, kajian ini lebih tertumpu pada tinjauan terhadap pelaksanaan pendidikan al-Quran bagi golongan pekak di Malaysia. Ia merangkumi badan kerajaan serta badan bukan kerajaan seperti institusi, persatuan dan sebagainya. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan pendidikan al-Quran bagi golongan pekak adalah berbeza-beza sama ada di peringkat sekolah, institusi, persatuan, dan sebagainya. Oleh itu, perlunya kajian yang lebih terperinci terhadap penyusunan semula pendidikan al-Quran bagi golongan istimewa khususnya bagi golongan pekak.