Communication In English. A Case Study Among The Uhb Students Of Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, johor Bahru.

Penggunaan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi pada hari ini telah digunakan dengan begitu meluas oleh majoriti masyarakat kita. Bahasa Inggeris juga telah diwajibkan bagi mengajar matapelajaran Matematik dan Sains di sekolah. Ini menunjukkan Bahasa Inggeris adalah amat penting untuk dipelajari. Minat juga memainkan peranan penting untuk memastikan pembelajaran berkesan. Tanpa minat, pelajar mungkin akan berasa tertekan atau terpaksa untuk mempelajari bahasa tersebut. Kajian tesis ini akan menyelidik paras minat pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris dan faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Selain itu, kajian ini juga akan tertumpu kepada apakah alasan yang diberi oleh pelajar terhadap kenapa mereka tidak berminat untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Soalan kaji selidik telah digunakan sebagai bahan untuk mengumpul maklumat dan sebanyak lapan puluh orang pelajar dari kelas UHB yang dipilih secara rambang telah menjadi responden untuk kajian ini. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini terhadap alasan yang diberi oleh pelajar kelas UHB mengapa mereka tidak berminat untuk berkomunikasi denagn menggunakan Bahasa Inggeris ialah mereka malu, takut dan kekurangan kemahiran berkomunikasi. Selain itu pelajar kelas UHB di UTM mempunyai paras minat yang tinggi untuk mempelajari Bahasa Inggeris.