Penambahbaikan untuk Carta EWMA Multivariat (An Enhancement for the Multivariate EWMA Chart)

Abstrak Carta kawalan kualiti ialah salah satu alat yang digunakan untuk menyelesaikan masalah kawalan kualiti. Carta kawalan digunakan untuk mengenalpasti punca-punca berlakunya suatu masalah. Kawalan kualiti bagi kebanyakan proses melibatkan lebih daripada satu pembolehubah yang berkorelasi. Ini dikenali sebagai kawalan kualiti multivariat. Carta kawalan EWMA multivariat (MEWMA) ialah suatu carta yang baik untuk mengesan anjakan kecil dalam vektor min bagi suatu proses multivariat. Kertas kerja ini mencadangkan penggunaan kaedah kebolehjadian maksimum untuk carta MEWMA dalam penganggaran masa sebenar berlakunya anjakan tetap dalam vektor min. Penggunaan kaedah penganggar masa anjakan tetap untuk carta MEWMA akan memanfaatkan jurutera kawalan kualiti dalam kawalan proses di industri. Katakunci Carta EWMA multivariat (MEWMA); penganggar kebolehjadian maksimum; penganggar masa anjakan; isyarat luar kawalan; ralat Jenis-I.