Faktor penentu pemilihan lokasi industri pembuatan: Kajian kes Kawasan Perindustrian Nilai (Factors determining the location of manufacturing industries in the Nilai Industrial Area, Negeri Sembilan, Malaysia)

Kertas ini mengemukakan hasil kajian mengenai faktor penentuan pemilihan lokasi industri pembuatan di kawasan perindustrian baru Nilai, Negeri Sembilan. Pengumpulan data primer dilakukan melalui tiga sumber iaitu tinjauan awal, temuduga dan soal selidik di lapangan. Berdasarkan hasil kajian boleh dirumuskan bahawa perspektif pemilihan lokasi adalah berbeza di antara firma sasaran. Bagi menjawab persoalan kajian, faktor yang mendapat nilai peratusan tertinggi berdasarkan kategori menggalakkan dan sangat menggalakkan dianggap sebagai faktor utama yang mempengaruhi perletakan industri pembuatan di kawasan Nilai. Sehubungan itu, didapati responden di kawasan kajian lebih mementingkan faktor buruh mahir iaitu buruh mahir lelaki, pasaran luar negara, kesampaian kepada kemudahan pelabuhan, kemudahan pengangkutan jalanraya dan lebuhraya serta kemudahan angkutan trela, kemudahan telekomunikasi dan faktor tempat iaitu lokasi yang strategik. Selain itu, insentif Elaun Cukai Pelaburan (ECP) merupakan insentif yang menyebabkan pertumbuhan industri pembuatan di Nilai. Dalam konteks proses membuat keputusan lokasi pula, hasil analisis juga mendapati tiada satu firma sasaran yang berjaya mewujudkan satu proses sejajar dengan model Hayter, Jayet dan Wins dalam peringkat proses membuat keputusan walaupun firma melalui peringkat proses membuat keputusan. Dapat disimpulkan bahawa maklumat yang lengkap dan sempurna adalah kunci kepada pembuat keputusan memutuskan sebarang lokasi yang akan bersesuaian. Katakunci: buruh mahir, Elaun Cukai Pelaburan (ECP), industri pembuatan, pilihan lokasi, faktor penentu lokasi, proses pembuatan keputusan lokasi This paper presents the findings of a field study on factors determining the location of manufacturing industries in Nilai Industrial Area, Negeri Sembilan, Malaysia. Primary data collected from preliminary studies, interviews and questionnaire administration revealed that the firms studied differed in their locational choice. The most determining factor was skilled male labour followed by overseas markets, accessibility to a sea port, road and highway transport and trailer facilities, telecommunication amenities, strategic location and the investment tax incentives (ECP). In terms of the locational decision making process, no firms were found to have approximated any of the Hayter, Jayet or Wins models. In conclusion, it may be said that the key to the firms’ locational decision making was complete and reliable information. Keywords: investment tax incentives, locational choice, locational determining factors, locational decision making process, manufacturing industries, skilled labour