Sikap Guru-guru Kemahiran Hidup Daerah Batu Pahat, Johor Terhadap Penggunaan Komputer.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan sub-skala sikap iaitu minat, keyakinan dan kebimbangan terhadap penggunaan komputer bagi guru Kemahiran Hidup di Daerah Batu Pahat, Johor. Kajian ini menggunakan Computer Aided Scale (CAS) hasil usaha Lyod dan Gressard (1984). Seterusnya kajian perbezaan dijalankan diantara penggunaan komputer dan faktor demografi seperti umur, pemilikan komputer dan bilangan kursus komputer yang pernah diikuti. Seramai 224 responden dari kalangan guru di Daerah Batu Pahat Johor yang terlibat. Dapatan kajian menunjukan sikap positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Rumusan penggunaan komputer adalah ditahap sederhana. Dalam penyediaan dan pengubalan soalan ia kerap dilakukan (min=3.18). bagi pengajaran berbantukan komputer paling kurang penggunaanya (min=2.04). hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan terhadap sub-skala sikap dan penggunaan komputer, di mana keyakinan mempunyai hubungan positif yang poaling kuat, diikuti oleh minat, manakala kebimbangan terhadap penggunaan komputer menunjukkan hubungan yang ngatif.