Properties of medium-density fibreboard (MDF) made from treated empty fruit bunch of oil palm.

ini adalah untuk menilai ciri-ciri fizikal dan mekanik papan gentian berketumpatan sederhana (MDF) yang diperbuat daripada tandan kosong kelapa sawit (EFB)(Elaeis guineensis). Panel ini diperbuat daripada bahan mentah yang dirawat dengan air yang dididih, rendaman dalam natrium hidroksida (NaOH) atau kombinasi kedua-dua rawatan dan direkat menggunakan fenol formaldehid (PF) pada tiga kepekatan iaitu 8%, 10% dan 12% berdasarkan berat kering gentian. Ciri-ciri mekanik dan fizikal termasuk modulus kekenyalan (MOE), modulus kepecahan (MOR), kekuatan ikatan dalaman, pembengkakan ketebalan dan serapan air sampel dinilai berdasarkan Piawaian Malaysia MS 1787:2005. Berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada kajian ini didapati EFB dapat digunakan sebagai bahan mentah untuk membuat MDF dengan ciri yang mematuhi Piawaian Malaysia. Panel yang diperbuat daripada gentian yang dirawat dengan NaOH dan direkat menggunakan 12% fenol formaldehid menghasilkan nilai purata MOR yang tertinggi iaitu 31.4 MPa. Gentian yang dirawat dengan kombinasi rawatan menggunakan NaOH dan air yang dididih mengurangkan kekuatan lenturan panel. Semua jenis rawatan didapati meningkatkan kestabilan dimensi panel. Semua EFB yang dirawat kurang sensitif apabila didedahkan kepada keadaan beralkali berbanding dengan keadaan berasid.

[1]  S. Diamond,et al.  Effect of Surface , 1982 .

[2]  C. Pavithran,et al.  Alkali treatment of coir fibres for coir-polyester composites , 1983 .

[3]  N. Chand,et al.  Mechanical properties of sisal fibre at elevated temperatures , 1993, Journal of Materials Science.

[4]  C. Hill,et al.  A study of the potential of acetylation to improve the properties of plant fibres , 1998 .

[5]  A. Błędzki,et al.  Composites reinforced with cellulose based fibres , 1999 .

[6]  Sabu Thomas,et al.  Oil Palm Fibre Reinforced Phenol Formaldehyde Composites: Influence of Fibre Surface Modifications on the Mechanical Performance , 2000 .

[7]  D. Ray,et al.  Characterization of alkali-treated jute fibers for physical and mechanical properties , 2001 .

[8]  S. Shaler,et al.  Properties of medium density fibreboard from oil palm empty fruit bunch fibre. , 2002 .

[9]  Y. Mai,et al.  Effects of fibre surface treatment on fracture-mechanical properties of sisal-fibre composites , 2005 .

[10]  D. Chakraborty,et al.  Influence of alkali treatment on the fine structure and morphology of bamboo fibers , 2006 .

[11]  I. Verpoest,et al.  Improving the properties of UD flax fibre reinforced composites by applying an alkaline fibre treatment , 2006 .

[12]  S. Karlsson,et al.  Chemical and physical modifications of rice husks for use as composite panels , 2007 .

[13]  A. Aydın,et al.  Evaluation of the physical and mechanical properties of particleboard made from the needle litter of Pinus pinaster Ait. , 2007 .

[14]  Abdul Rahman Mohamed,et al.  Utilization of oil palm as a source of renewable energy in Malaysia , 2008 .

[15]  N. Yunus,et al.  Evaluation on the suitability of some adhesives for laminated veneer lumber from oil palm trunks , 2009 .

[16]  S. K. Acharya,et al.  EFFECT OF SURFACE TREATMENT ON THE MECHANICAL PROPERTIES OF BAGASSE FIBER REINFORCED POLYMER COMPOSITE , 2011 .