Meninjau Tahap Kesedaran Keselamatan Bengkel Pelajar Tahun 4 Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor
暂无分享,去创建一个
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat tahap kesedaran keselamatan bengkel pelajar tahun 4 di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Antara aspek-aspek yang terlibat dalam kajian ini adalah aspek pengetahuan tentang keselamatan, persekitaran bengkel yang selamat, kepentingan peraturan keselamatan bengkel dan pengetahuan penggunaan alatan di bengkel. Sampel kajian melibatkan pelajar-pelajar tahun 4 di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang merangkumi pelajar lepasan kolej matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia tahun 4 dari kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Jentera dan Kemahiran Hidup) yang berjumlah 56 orang. Instrumen kajian adalah dengan dengan menggunakan soal selidik berskala likert. Analisis data adalah menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science : Version 11.5) untuk mendapatkan keputusan. Nilai indeks kebolehpercayaan item dalam kajian rintis yang telah dijalankan ialah 0.8346. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap kesedaran keselamatan bengkel pelajar tahun 4 adalah tinggi. Walau bagaimanapun terdapat beberapa item yang menunjukkan tahap kesedaran yang rendah. Aspek kesedaran pelajar terhadap kepentingan peraturan keselamatan bengkel menunjukkan tahap kesedaran yang paling tinggi dibandingkan dengan aspek pengetahuan tentang keselamatan yang menunjukkan tahap yang terendah dalam melihat tahap kesedaran keselamatan bengkel pelajar tahun 4. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dijalankan.