Penggunaan metadata bisnes dalam pemodelan datasumber transaksi agen (sta)
暂无分享,去创建一个
Pemodelan proses bisnes adalah satu cara perwakilan sesebuah organisasi bagi memboleh organisasi dianalisis dan
diberi penambahbaikan. Pembangunan model proses bisnes yang semakin kompleks boleh dibantu dengan
penggunaan metadata iaitu sama ada metadata bisnes atau metadata teknikal. Metadata bisnes boleh bertindak
sebagai suatu alat komunikasi di antara pengamal bisnes dan pasukan teknikal teknologi maklumat. Terdapat
keperluan bagi memadan metadata bisnes dan metadata teknikal, bagi membantu komunikasi berkesan ahli bisnes
dan teknikal dalam pembangunan model bisnes. Model data Sumber-Transaksi-Agen (STA) diperkenal sebagai
sebuah teknik pemodelan yang mengguna metadata bisnes. Penggunaan metadata bisnes oleh model data STA
bertujuan membantu ahli bisnes terlibat atau mengambil bahagian dalam pemodelan data bisnes bagi sesuatu proses
pembangunan sistem. Satu kajian dijalankan melalui lima kumpulan bengkel melibatkan 206 peserta, bagi menilai
keberkesanan dan kecekapan penggunaan model data STA. Hasil kajian menunjukkan model data STA adalah teknik
pemodelan data yang berkesan dan cekap. Hasil kajian mendapati peserta kajian dapat menyertai proses pemodelan
dengan berkesan dan cekap kerana terma yang diguna adalah dikenali dan mesra-bisnes.