Application Program Interface (API)
暂无分享,去创建一个
Application Program Interface adalah satu applikasi yang direkabentuk untuk bertindak sebagai agen perantara diantara dua sistem yang berlainan dari segi fungsi dan kegunaannya. API yang dibangunkan akan melaksanakan proses intergrasi diantara produk perisian tempatan dikenali sebagai Castle Smart Door Access System dan satu produk dari luar negara dikenali sebagai Catseye pSCADA Application System. Castle Smart Door Access System merupakan sistem keselamatan dimana pengurusan tempat-tempat tersebut dapat dijaga dan dikawal dengan berkesan daripada sebarang bentuk pencerobohan. Sistem ini akan merekodkan setiap aktiviti laluan yang berlaku pada setiap panel laluan yang dipasang pada pintu atau laluan masuk. Semua panel-panel laluan ini akan disambung secara online terus ke sistem utama yang berada di bilik kawalan utama. Rekod seperti tarikh laluan, nama pengguna, kumpulan pengguna dan lain-lain lagi akan disimpan kedalam pangkalan data sistem utama. Hanya pengguna yang sah dan berdaftar sahaja yang dapat melepasi panel laluan yang dipasang pada setiap pintu atau laluan masuk. Catseye pSCADA Application System pula adalah satu perisian kawalan dan perolehan data secara online. Sensor-sensor akan dipasang pada setiap tempat dan kawasan yang hendak dikawal dan dimonitor seperti heat sensor,light sensor dan lain-lain lagi. Apabila aktiviti berlaku pada tempat/kawasan sensor dipasang, sensor akan mengesan aktiviti tersebut dan menghantar status signal terus ke pusat kawalan utama. Sistem utama akan di kemaskini mengikut aktiviti yang berlaku pada tempat tersebut. Sistem utama juga boleh menghantar alarm sekiranya berlaku kerosakan dan kecemasan pada tempat-tempat tersebut. Setiap sensor akan diprogramkan dimana ia akan menghantar status tempat tersebut pada masa yang telah dijadualkan. Dengan adanya API, sistem-sistem ini dapat dikawal dan diurus dengan berkesan dan keselamatan akan lebih terjamin. Penyelia sistem hanya perlu mengurus dan kemaskini kesemua sistem ini melalui satu sistem utama. Sistem utama ini akan berkomunikasi dengan sub-sub sistem dengan menggunakan API bagi mendapatkan status semasa yang berlaku pada tempat tersebut dan proses kemaskini pada sistem utama akan dilakukan mengikut status signal yang diterima daripada sub-sub sistem. API juga dapat memudahkan tugas-tugas menyelenggara dengan lebih efisen malahan ia juga dapat meminimakan kos pengurusan bagi kesemua sistem yang dipasang