KELESTARIAN PEMBUATAN BATA DI BATUJAYA, INDONESIA (BRICKS PRODUCTION SUSTAINABILITY IN BATUJAYA, INDONESIA)
暂无分享,去创建一个
Abstrak Bata merupakan antara bahan binaan yang banyak digunakan dalam industri pembinaan kerana sumber bahan mentahnya iaitu tanah liat yang mudah didapatkan. Sejarah penggunaan bata boleh dilihat pada 5000 tahun dahulu. Daerah Batujaya di Jawa Barat terdapatnya jumpaan Kompleks Percandian Batujaya yang diandaikan bertapak pada zaman kegemilangan kerajaan Taruma pada abad 5 – 7 M. Bangunan candi yang terdapat di kompleks ini boleh dikatakan semuanya dibina dengan menggunakan bata. Pada masa kini masih terdapat masyarakat tempatan yang masih mengusahakan industri pembuatan bata secara kecil dan sederhana. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk melihat kelangsungan teknologi pembuatan bata sejak daripada zaman Taruma sehingga kini. Antara ciri-ciri persamaan yang dapat ditemui pada buatan bata purba dan terkini adalah kesan campuran sekam padi pada bancuhan bata. Kata kunci: Teknologi bata, Batujaya, Tarumanagara Abstract Bricks are one of the widely used materials in the building construction because easy to get clay as the bricks raw materials. Bricks used as building materials since 5000 years ago. In Jawa Barat, Indonesia, there have Kompleks Percandian Batujaya which is supposed to be based in Tarumanagara in 5 th to 7 th century. Building in this complex were built with bricks. Now, there are local communities working on brick making in medium and small scale. Therefore, this study was conducted to see continuity brick making from Tarumanagara times until now. Similarities found in ancient and now bricks are the imprint of mixed rice on the bricks. Keywords: Bricks technology, Batujaya, Tarumanagara