Pengurusan perubahan: Penilaian di Majlis Bandaraya Alor Star, Kedah (MBAS)
暂无分享,去创建一个
Pengurusan perubahan merupakan elemen penting di dalam mengurus tadbir organisasi ke arah kecemerlangan. Sesebuah organisasi khususnya sektor awam perlu bersedia dan mampu dalam menguruskan setiap perubahan dengan lebih berkesan
dan sistematik. Sesebuah organisasi perlu membuat penilaian dan jangkaan ke atas perubahan yang berlaku bagi membolehkannya bersedia dengan persekitaran
organisasi berkenaan. Komitmen ahli untuk terus berubah turut menjamin kelangsungan pembangunan organisasi. Sebaliknya, keselesaan organisasi dengan pencapaian semasa akan menjurus ke jurang kemusnahan (Ab. Aziz, 2000).