EMOSI (Menangani Konflik 3 Penjuru)

Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) merupakan salah satu platform untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman pelajar terhadap kesemua teori dan aplikasi yang telah didedahkan. Ia juga dapat memberi peluang pelajar mengasah dan menguasai kemahiran-kemahiran lain yang kadang-kadang tidak dapat diperolehi dari dalam bilik kuliah. Walau bagaimanapun, senario semasa, pelajar akan dibayangi dengan pelbagai persoalan sama ada sebelum, semasa dan selepas melaksanakan PITA. Isu-isu yang sering menjadi topik hangat perbincangan adalah mengenai konflik di antara tiga (3) penjuru iaitu pelajar-penyelia-panel. Mengenal pasti konflik dan jalan penyelesaiannya mampu menjamin keberkesanan dan kejayaan serta memenuhi hasil pembelajaran PITA.