PENERAPAN NILAI MURNI DAN PEMBENTUKAN JATI DIRI KANAK-KANAK PRASEKOLAH MELALUI PENGGUNAAN MULTIMEDIA (Integrating Noble Values and Identity Formation into Kindergarten Children through the Use of Multimedia)
暂无分享,去创建一个
ABSTRAK Dalam mengharungi era globalisasi ini, dunia disediakan dengan kecanggihan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang terutamanya terhadap bidang pendidikan. Proses pendidikan masa kini seringkali dikaitkan dengan unsur penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan jati diri pelajar. Berdasarkan beberapa kajian lepas, perkembangan sains dan teknologi dan pendidikan pra sekolah telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan guru. Oleh itu, kajian ini membincangkan tentang penerapan nilai murni dan pembentukan jati diri kanak-kanak pra sekolah melalui penggunaan bahan-bahan multimedia. Ini kerana pengkaji mendapati bahawa penggunaan bahan-bahan tersebut juga berperanan dalam membentuk jati diri kanak-kanak. ABSTRACT The era of globalization witnesses an advancement of science and technology in various fields including in education. The influence of science and technology in educational learning process is often linked to the implementation of good values and the formation of student’s identity. Previous studies showed that parents and teachers were concern about the development of science and technology in educational process for preschool children. Therefore, this study discusses the application of values and identity formation of pre school children through the use of multimedia’s materials. The researchers found that these materials were influential in shaping children’s identity.