Pelaksanaan pengurusan hijau dalam organisasi dalam sektor pembinaan: Kes di ABM dan RNC Technology(M)Sdn Bhd

Pengurusan hijau adalah satu konsep yang dilaksanakan dalam organisasi untuk memelihara alam sekitar dalam jangka masa panjang dan dapat memberi kesan positif kepada ekonomi.Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan konsep pengurusan hijau dan juga mengenal pasti tahap perlaksanaan pengurusan hijau di dua organisasi yang terlibat dalam sektor pembinaan. Kaedah kualitatif melalui temubual telah dijalankan terhadap dua buah organisasi. Dapatan kajian mendapati bahawa kedua-dua telah melaksanakan pengurusan hijau mengikut perbezaan konsep pengurusan hijau.