Mekanisasi Pertanian Ubi Gadong

Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan peralatan nyahtoksin dioscorine dalam D.hispida dengan meningkatkan kualiti dan mengurangkan tempoh masa proses nyahtoksin berbanding dengan kaedah tradisiona serta berupaya untuk dijalankan sebagai penyelidikan berkenaan tahap kandungan alkaloid dari pelbagai ubi gadong yang berbeza tahap umurnya. Penentuan tahap alkaloid menggunakan sensor gelombang mikro juga dikaji dengan mendapatkan hubungan antara tahap alkaloid dengan isyarat gelombang mikro . Disamping itu cara kaedah lama menggunakan penuaian secara manual dapat di inovasikan melalui penggunaan bahan yang berbeza. Perisian komputer Solidwork akan digunakan bagi membuat simulasi kekuatan alaan yang mengambilkira nilai berat dan daya menuai ubi Gadong.Seterusnya untuk merekabentuk produk baru dan peralatan penuaian yang efektifs dan sesuai untuk semua golongan petani serta untuk menentukan daya tuasan menggunakan perisian Computer Aids Design(CAD) dan peralatan Digital Force Gauges(DFG).