Pembangunan Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) Bagi Tajuk Penambahan Dan Penolakan Pecahan Tingkatan Satu (media Laman Web)

Pada masa kini internet merupakan salah satu alat yang penting untuk mencari bahan rujukan terkini dengan lebih cepat dan pantas. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan satu halaman web bagi matapelajaran Matematik Tingkatan 1 yang bertajuk Pecahan untuk kegunaan para guru dan pelajar sekolah menengah. Halaman web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash dan Macomedia Dreamweaver. Terdapat dua subtopik yang diperbincangkan di dalam bab ini iaitu penambahan pecahan dan penolakan pecahan. Untuk rujukan yang lebih lengkap, beberapa contoh soalan, latihan dan permainan yang berkaitan juga turut dimuatkan.