Pembangunan modal insan di Malaysia: pendekatan dan peranan institusi
暂无分享,去创建一个
Buku ini disusun mengikut dua tema utama
perbincangan iaitu pendekatan dan peranan beberapa
institusi dalam membangunkan modal insan di Malaysia. Modal insan
yang berkualiti merupakan tuntutan yang diberikan prioriti dalam usaha
merealisasikan misi nasional sebagai sebuah negara maju berpendapatan
tinggi menjelang tahun 2020. Pembangunan modal insan menjadi teras
utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan
dan seterusnya diperkukuh dan diperkasakan dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh. Pembangunan modal insan dilaksanakan secara holistik dan
bersepadu merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal
intelek. Ia termasuklah keupayaan skil keusahawanan dan pengetahuan sains
dan teknologi di samping memiliki sikap, jati diri dan budaya kerja positif
dan progresif melalui penerapan secara langsung dan tidak langsung dalam
pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat di negara ini.
Buku ini memberikan manfaat dan amat berguna kepada mereka yang ingin
mengkaji atau mendapatkan pengetahuan lanjut tentang pembangunan modal
insan di Malaysia. Beberapa pendekatan melalui perspektif Barat, Islam,
Psikologi Kemanusiaan Maslow, kerangka pembelajaran sepanjang hayat
dan falsafah Pendidikan Islam dibincangkan. Seterusnya peranan beberapa
institusi seperti institusi sekolah, institut pengajian tinggi, institusi kemahiran
dan firma industri menjadi fokus perbincangan kedua buku ini. Buku ini juga
sesuai untuk bacaan umum dan rujukan tambahan kepada pendidik dan pelajar
di institusi kemahiran dan sekolah menengah.