bancanus di Pahang, semenanjung Malaysia. Kajian fenologi Gonystylus bancanus (ramin melawis) dijalankan di Hutan Simpan Pekan, Pahang, Semenanjung Malaysia yang merangkumi kawasan hutan dara dan hutan yang telah dibalak. Pemerhatian menunjukkan yang pembungaan G. bancanus adalah supratahunan. Pokok G. bancanus terkecil yang berbunga berdiameter 29 cm pada aras dada (dbh) dan dijumpai di kawasan yang telah dibalak. Kebanyakan pokok yang berbunga mempunyai diameter yang besar iaitu melebihi 40 cm dbh dan terdapat di hutan yang telah dibalak dan hutan dara. Sejumlah 71 hari hingga 86 hari telah direkodkan bagi pertumbuhan penuh dari fasa putik hingga fasa buah matang. Fasa putik mengambil masa agak lama iaitu lebih daripada satu bulan manakala fasa bunga menjadi buah mengambil masa lebih kurang dua minggu. Bunga G. bancanus didebunga oleh kutu trip(Heterothripts sp.) dan kelulut (Trigona canifrons dan T. laeviceps), manakala afid ( Aphis sp.), tupai (Callosciurus prevostii dan C. notatus) dikenal pasti sebagai pemakan bunga dan buah G. bancanus. Biji benih G. bancanus sebahagian besarnya disebarkan secara graviti tetapi keluang (Pteropus vampyrus) didapati turut membantu dalam penyebaran buah. Spesies kelawar yang lain iaitu Cynopterus sphinx, Megaerops ecaudatus dan Penthetor lucasi juga dikenal pasti sebagai agen penyebaran berpotensi bagi biji benih G. bancanus.
[1]
A. Nik,et al.
Integrated management plan of the South-East Pahang peat swamp forest
,
2008
.
[2]
H. Nagamasu,et al.
Plant Reproductive Phenology and General Flowering in a Mixed Dipterocarp Forest
,
2005
.
[3]
R. Schmid.
Plant Resources of South-East Asia
,
2003
.
[4]
R. Lemmens,et al.
Timber Trees: Minor Commercial Timbers
,
1995
.
[5]
S. Appanah,et al.
Smaller trees can fruit in logged dipterocarp forests.
,
1990
.
[6]
Charles M. Francis,et al.
A field guide to the mammals of Borneo
,
1987,
Oryx.
[7]
A. Marshall.
Old World phytophagous bats (Megachiroptera) and their food plants: a survey
,
1985
.
[8]
S. Appanah.
Pollination of Androdioecious Xerospermum intermedium Radlk. (Sapindaceae) in a rain forest
,
1982
.
[9]
S. Appanah,et al.
Thrips : the pollinators of some dipterocarps
,
1981
.