Persepsi politik dan trend pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang (The political perception and voting trend in the state assembly area of Permatang Pasir, Pulau Pinang)
暂无分享,去创建一个
Pilihan raya kecil kawasan Permatang Pasir, Pulau Pinang diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu Datuk Haji Mohd. Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai 2009 di Institut Jantung Negara (IJN). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 Ogos manakala hari pembuangan undi adalah pada 25 Ogos. Sebanyak lapan buah pusat pengundian iaitu lapan buah sekolah membabitkan 39 saluran mengundi dibuka pada hari pengundian. Dapatan kajian menunjukkan 60 peratus responden menyatakan dasar yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat/pakatan pembangkang banyak menguntungkan orang bukan Melayu dan 81 peratus menyatakan parti Democracy Action Party (DAP) lebih memainkan peranan dalam membuat keputusan polisi Kerajaan Negeri. Dari perspektif jangkaan keputusan pilihan raya kecil, 60 peratus responden menyatakan PAS akan mengekalkan kemenangan di DUN tersebut. PAS berjaya mengekalkan kemenangan di DUN tersebut melalui calonnya Mohd. Salleh Man yang menewaskan calon BN (UMNO), Rohaizat Othman dengan majoriti 4551 undi. Faktor kejayaan PAS mengekalkan kemenangan adalah kawasan tersebut adalah kubu kuat pakatan pembangkang iaitu kawasan penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim (ahli Parlimen Permatang Pauh) dan isu kredibiliti calon BN yang dimainkan oleh penceramah-penceramah daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Katakunci: Kerajaan Negeri, Parti Islam Semalaysia, Permatang Pasir, Pilihan Raya, polisi, Suruhanjaya The Permatang Pasir by-election was, held following the death of the PAS Assemblyman. The Election Commission (EC) has set nomination day on August 17 while the polling day was on 25 August. Eight polling stations of eight schools involving 39 voting channels open on polling day. The study showed that 60 percent of respondents said the policy carried out by the Pakatan Rakyat (PR) State Government of Pulau Pinang to give benefit the non-Malays and 81 percent said the DAP is playing a role in state policy decisions. From the perspective of the expected election results, 60 percent of respondents said PAS would retain the victory in Permatang Pasir. PAS was able to maintain the winning through Mohd. Salleh Man who beat Rohaizat Othman, with the majority of 4,551 votes. The factor of PAS success to maintain the victory in Permatang Pasir by-election was this areas was the stronghold of the opposition of the PKR adviser (Dato’ Seri Anwar Ibrahim – the member Parliament of Permatang Pauh) and the issue of BN candidate credibility played by the speakers of parties in Pakatan Rakyat. Keywords: by-election, Islamic Party of Malaysian, Permatang Pasir, policy, State Government, the Election Commission