Tahap Kesediaan Pelajar-Pelajar Kursus Binaan Bangunan Terhadap Keselamatan Di DalamBengkel: Satu Tinjauan Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor
暂无分享,去创建一个
Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini adalah bertujuan untuk melihat tahap kesediaan pelajarpelajar kursus Binaan Bangunan terhadap keselamatan di dalam bengkel di tiga buah sekolah menengah teknik di Negeri Johor iaitu Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Sekolah Menengah Teknik Kluang dan Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan di antara kesediaan pelajar dari aspek pengetahuan, kemahiran mengendalikan alatan tangan dan mesin dan sikap terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jantina. Responden kajian yang terlibat adalah seramai 70 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat kursus Binaan Bangunan. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Indeks kebolehpercayaan item soal selidik adalah 0.737. Data yang diperoleh, dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Window versi 12.0 untuk mendapatkan peratusan dan min serta Ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan pelajar-pelajar kursus Binaan Bangunan terhadap keselamatan di dalam bengkel adalah sederhana. Nilai min purata bagi aspek pengetahuan adalah 2.77, manakala kemahiran mengendalikan alatan dan mesin adalah 2.47 dan sikap adalah 2.74. Hasil Ujian-t pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kesediaan pelajar bagi kesemua aspek pengetahuan, kemahiran mengendalikan alatan dan mesin dan sikap terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jantina pelajar. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.