Pembangunan Dan Pengujian Kandungan Internet Bergerak Menggunakan XHTML-MP

Perkembangan pesat dalam teknologi komunikasi bergerak seperti pengenalan teknologi GPRS dan 3G bakal mengubah cara manusia berkomunikasi. Telefon mudah-alih bukan sahaja digunakan untuk komunikasi suara malah kini ia boleh digunakan sebagai alat komunikasi data. Jika dahulu Internet hanya boleh dilayari menggunakan komputer melalui rangkaian berwayar, kini dengan kadar data lebih tinggi yang ditawarkan oleh teknologi GPRS dan 3G akan membolehkan kita melayari kandungan Internet melalui terminal bergerak. Perkembangan teknologi ini akan menyebabkan permintaan pengguna untuk kandungan Internet bergerak (Mobile Internet Content) semakin meningkat. Dalam projek ini, contoh sebuah Iaman Internet bergerak telah dibangunkan menggunakan Bahasa Penanda Hiperteks Lanjutan - Profil Bergerak atau Extensible Hypertext Markup Language - Mobile Profile (XHTML-MP) Laman tersebut mengandungi maklumat yang boleh dilayari menggunakan perisian simulasi. Laman tersebut juga telah diuji secara langsung menggunakan terminal bergerak tanpa wayar sebenar dan rangkaian GPRS.