Satu Penilaian Awal Kajian Kes : K.i.t. Pengajaran Pembelajaran M.pelajaran Sains Ren. Thn. 6
暂无分享,去创建一个
Kemerosotan pernyataan pelajar dalam jurusan sains telah menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini. Pelajar sekolah beranggapan pembelajaran sains sukar dan membosankan. Ia berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang masih mengamalkan kaedah tradisional. Kajian kes ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu, Kelantan. Dalam kajian ini Kit Pengajaran Bermodul dibina untuk menyelidik keberkesanannya dalam pengajaran pembelajaran sains murid tahun enam bertajuk Dunia Teknologi: Mesin Ringkas. Selain untuk menambah alat bantu mengajar di sekolah, ia juga bertujuan menambah keseronokan serta menarik minat pelajar terhadap sains sejak di peringkat awal lagi. Soal selidik digunakan dalam kajian ini. Seramai 52 orang pelajar dan seorang guru sains menjadi responden dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar dan guru beranggapan Kit Pengajaran Bermodul adalah sangat sesuai digunakan di dalam pembelajaran sains. Ianya menggalakkan kerjasama di kalangan pelajar dan menarik minat mereka terhadap mata pelajaran sains. The decreasing number of students in science stream became an issue nowadays. Students felt that science subject was difficult and bored to learnt because the teachers in school still used the old method in their teaching style. This case study is conducted at Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu, Kelantan. For the purpose of this case study, a Modular Learning Kits for sixth year students title Exploring The Technology World: Simple Machine was designed. Besides, this case study also aimed to increase the teaching aid in the school, to encourage the enjoyment and the interest of the students to study science in early stage. Questionnaires and observations were used as research instrument. Fifty-two sixth year students and a science teacher were the respondents of this study. Base on the results obtained, the teacher and students perceived that this Modular Learning Kits is suitable for science learning. It promotes team work among the students and make science a more interesting subject.