Peranan Institusi Pendidikan Teknikal Dalam Pemupukan Kemahiran ‘Employability’ Pelajar

Kemahiran ‘employability’ merupakan kemahiran yang sangat dipentingkan oleh majikan ke atas graduan dalam bidang teknikal untuk mendapat pekerjaan. Namun begitu tidak semua lulusan teknikal mempunyai kemahiran ‘employability’ yang diharapkan oleh majikan. Kertas kerja ini merupakan satu kertas konsep yang menggariskan aspek–aspek penting kemahiran ‘employability’ dan peranan serta tanggungjawab institusi pendidikan teknikal dalam memupuk kemahiran ‘employability’ terhadap individu. Hasil dari kajian literatur, penyelidik telah dapat membongkar beberapa isu berkaitan kemahiran ‘employability’ lulusan teknikal dan kemahiran ‘employability’ yang diperlukan oleh majikan. Satu kerangka konseptual telah dapat dihasilkan di mana ianya memperlihatkan perhubungan dan jaringan antara institusi pendidikan teknikal, industri dan aspek kemahiran ‘employability’ yang dikehendaki oleh majikan masa kini. Kerangka konseptual yang dibangunkan ini merupakan satu panduan kepada institusi pendidikan dan tenaga pengajar dalam proses pemupukan kemahiran ‘employability’. Hasil kupasan dari literatur, penyelidik juga telah dapat menggariskan beberapa strategi dan kaedah pendekatan pemupukan kemahiran ‘employability’ di dalam bilik kuliah atau kelas. Keseluruhan kajian memperlihatkan bahawa institusi pendidikan perlu mengambil inisiatif dalam memupuk kemahiran ‘employability’ dalam kalangan pelajar, kerana kemahiran ‘employability’ kini merupakan keutamaan kepada industri selain daripada kemahiran teknikal. Kata kunci: Kemahiran ‘employability’; kemahiran teknikal; pemupukan; hubungan institusi dan industri; lulusan teknikal Employability skill is the important skill that employers require from technical graduates in order to be employed. But not all technical graduates acquired the employability skill which meet the employers need. This paper is a concept paper which outlines the important aspects of employability skills, the roles and responsibility of technical institution to inculcate employability skills of an individual. Through this concept paper, some important employability skills aspects and method one suggest to inculcate the employability aspects. The literature review, reveals issues regarding employability skills amongst technical students and also the employability skills that employers require. A conceptual framework has been developed as a guideline for the tehnical institution and instructors, showing the interrelationship and networking between technical institute and industry in the process of inculcating the employability skills. Starategies and method of inculcating employability skill in the classroom has also been drawn out from this study. Overall study shows that technical institution must initiates in inculcating the employability skills of their students because employability skills has now become one of the most important skills besides technical skills in the industrial sector. Key words: Employability skill; technical skill; inculcate; institution and industry relationship; technical graduates