Amalan Keselamatan Di Bengkel Membuat Perabot Dalam Mata Pelajaran Vokasional ( Mpv ) DiKalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor: Satu Tinjauan
暂无分享,去创建一个
Kajian deskriptif ini adalah bertujuan meninjau sejauh manakah amalan keselamatan di bengkel membuat perabot dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di kalangan pelajar tingkatan 4 di tiga buah sekolah menengah iaitu SMK. Taman Seri Perling, Johor Bahru, SMK. Bukit Gambir, Muar dan SMK. Datuk Menteri, Batu Pahat di negeri Johor. Responden dalam kajian ini seramai 60 orang. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah ? = 0.65. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan kelima-lima persoalan berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 4.50 bagi kepentingan amalan keselamatan, nilai min 4.43 bagi persekitaran bengkel sentiasa selamat, nilai min 4.15 bagi mematuhi amalan keselamatan, nilai min 4.10 bagi kemahiran dalam menyenggara alatan tangan dan mesin seterusnya nilaimin 3.98 bagi pengetahuan sedia ada pelajar. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.
Katakunci: bengkel membuat perabot, keselamatan, Mata Pelajaran Vokasional (MPV)