Teori getaran dengan penggunaan edisi ketiga (UTM – Renong)
暂无分享,去创建一个
Pembaca yang berminat untuk membina pengetahuan yang kukuh dalam teori getaran akan mendapati Edisi Ketiga ini lebih mudah dan berpendekatan terus serta terdapat pelbagai contoh penggunaan masalah kejuruteraan. Di samping memberi penekanan kepada aspek fizikal matematik bagi memperihalkan fenomena getaran, Edisi Ketiga ini turut memasukkan bahan-bahan baru: kerja maya, memanjangkan lagi kaedah tenaga kepada sistem tak konservatif dan saling bersambungan, Kaedah sambutan frekuensi, Kaedah Lagrange, ditulis semula supaya mudah difahami dan memasukkan kaedah analisis ragaman, dan kaedah unsur terhingga untuk analisis struktur kerangka. Juga terdapat pelbagai masalah dengan jawapan terpilih, perbincangan tentang penyelesaian masalah komputer dan formula serta panduan yang siap sedia digunakan. Manual pengajar yang menyediakan penyelesaian kepada semua masalah juga boleh diperolehi.