Pembinaan Indikator Dan Model pengukuran Kelestarian Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Sekolah Menengah Harian

Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan pandangan panel pakar tentang kepentingan mata pelajaran vokasional (MPV), mengenal pasti indikator kelestarian MPV dan mencentuskan model pengukuran kelestarian MPV sekolah menengah harian. Strategi kelestarian pembangunan untuk pendidikan teknikal dan vokasional serta latihan oleh International Centre for Technical and Vocational Education and Training (UNEVOC) dijadikan asas dalam pembentukan indikator kelestarian MPV. Dua kaedah mama digunakan dalam kajian ini ialah kajian Delphi dan kajian tinjauan. Seramai 12 orang panel pakar dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional dari pelbagai peringkat di negara ini terlibat sebagai peserta kajian Delphi manakala kajian tinjauan pula melibatkan 312 orang guru-guru MPV di seluruh Semenanjung Malaysia. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, peratusan bagi memperihalkan prolil responden dan Julat Antara Kuartil (JAK) bagi mendapatkan kesepakatan dalam proses membina item instrumen soal selidik melalui kajian Delphi. Manakala statistik inferensi yang digunakan ialah analisis faktor konfirmatori (Confirmatory Factor Analysis, CFA) dan ujian MANOVA. Kajian Delphi mendapati semua peserta kajian bersetuju dengan pelaksanaan MPV di sekolah menengah harian dan berpendapat antara kepentingannya untuk penyediaan sumber tenaga negara dan mengatasi masalah keciciran pelajar. Sebanyak 20 indikator dan 139 item instrumen soal selidik kelestarian MPV sekolah menengah harian telah dikenal pasti dan dihasilkan melalui kajian Delphi empat pusingan. Analisis CFA yang dijalankan bagi menentusahkan model pengukuran kelestarian MPV mendapati kesemua syarat fit index yang dipilih memenuhi syarat yang ditetapkan [CMIN/DF=1.826, TLI=.916, CFI=.92O dan RMSEA=.052] berdasarkan 13 indikator dan 48 item soal selidik. Ini menunjukkan model pengukuran kelestarian MPV sekolah menengah harian adalah sepadan dengan data kajian yang dikutip. Analisis MANOVA menunjukkan guru lelaki dan perempuan mempunyai pandangan yang sama terhadap indikator kelestarian MPV sekolah menengah harian. Di samping itu, kajian juga mendapati guru berlainan bidang usaha MPV mempunyai pandangan yang sama terhadap indikator kelestarian MPV sekolah menengah harian. lmplikasi utama kajian ialah perlunya pihak berwajib memberi perhatian terhadap polisi dan kurikulum MPV kepada indikator kelestarian MPV sekolah menengah harian yang telah dikenal pasti bagi memastikan MPV ini mapan khususnya memenuhi konsep kelestarian untuk mencapai visi dan misi negara.