Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak: Sejarah, Perkembangan dan Masa Depan
暂无分享,去创建一个
ABSTRAK Kajian ini meneliti tentang sejarah dan perkembangan kegiatan membuat tembikar labu sayong di Kuala Kangsar, Perak. Kegiatan membuat tembikar di Perak telah bermula sejak zaman pra-sejarah lagi dan dianggap sebagai warisan sejarah orang Melayu yang terus bertahan sehingga sekarang. Namun pada hari ini ia telah mula disaingi oleh kemunculan pembuatan tembikar menggunakan teknik dan peralatan moden. Perkembangan dan perubahan ini telah menyebabkan aktiviti membuat tembikar secara tradisional dengan menggunakan tangan mulai terhakis. Melalui perspektif sejarah dan antropologi, kajian ini cuba menunjukkan bagaimana proses perubahan dan modernisasi pembuatan tembikar di Perak telah memberi kesan yang amat besar dan mempengaruhi kepada kemerosotan industri tradisional itu. Kajian ini mendapati bahawa sehingga sekarang, kegiatan pembuatan tembikar labu sayong secara tradisional di Kuala Kangsar, Perak benar-benar telah terancam dan kini hanya tinggal sebuah keluarga sahaja yang masih mengusahakannya. Kajian ini jelas menunjukkan perlunya dasar-dasar yang lebih seimbang diambil untuk memastikan bahawa proses pemodenan tidak akan sama sekali mengancam warisan orang Melayu yang telah wujud ada sejak zaman berzaman itu. Kajian ini juga menyarankan perlunya suatu usaha yang proaktif dan drastik diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa warisan orang Melayu ini akan terus hidup dan berkembang pada masa depan.
[1] L. Wray,et al. The Malayan Pottery of Perak , 2022 .
[2] Siti Zainon Ismail. Rekabentuk kraftangan Melayu tradisi , 1986 .
[3] Richard Olof Sir Winstedt. Malay industries : arts and crafts , 1909 .