Tumbuhan etnoperubatan sebagai perumah aktinomiset endofityang bersifat bioaktif(Ethnomedicinal plants as host of bioactive endophytic actinomycetes)
暂无分享,去创建一个
Sembilan Aktinomiset endofit telah berjaya dipencilkan daripada pokok yang mempunyai nilai ubatan dari beberapa
tempat di Semenanjung Malaysia. Pencilan tersebut telah dikenalpasti melalui pemerhatian morfologi, amplifikasi
gen 16S rRNA dan analisis penjujukan 16S rRNA. Saringan awal terhadap aktiviti antimikrob telah dilakukan dengan
menggunakan teknik calitan plat. Pembentukan miselium substrat dan aerial, warna jisim spora, pigmen larut dan
morfologi rantai spora pada semua pencilan menyerupai Streptomyces sp. dan Microbispora sp. Analisis filogenetik
jujukan separa 16S rRNA mendapati pencilan SUK 08, SUK 10 dan SUK 15 saling berkaitan dengan Streptomyces
eurythermus. Walau bagaimanapun pencilan ini telah dipencilkan dari tumbuhan yang berbeza. Pencilan ini didapati
mempunyai aktiviti antimikrob terhadap bakteria dan kulat kajian. Empat pencilan aktif iaitu SUK 08, SUK 10, SUK 12
dan SUK 15 berupaya untuk membunuh dan merencat sehingga 100% satu atau lebih organisma patogen seperti Bacillus
subtilis, Aspergillus fumigatus, Aspergillus niger, Fusarium solani, Rhizoctonia solani dan Trichoderma viride. Kajian
ini mengesahkan bahawa tumbuhan etnoperubatan adalah sumber pencarian Aktinomiset endofit bioaktif yang berupaya
menjadi sumber novel dalam pencarian agen antibakteria dan antimikotik.