Keberkesanan Grafik Komputer Dan Latihan Kemahiran Spatial Ke Atas Pelajar Lukisan Kejuruteraan. Satu Kajian Kes
暂无分享,去创建一个
Penyelidikan ini mengkaji keberkesanan grafik komputer dan perisian kemahiran spatial ke atas pelajar lukisan kejuruteraan yang mempunyai kebolehan spatial yang berbeza. Kebolehan untuk menggambarkan objek di minda dan seterusnya memanipulasikan objek tersebut di minda adalah satu kemahiran kognitif yang penting dalam bidang kejuruteraan. Pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ( LK ) dan mempunyai kebolehan spatial yang rendah dianggap dapat memperbaiki kelemahan visualisasi melalui proses melukis.Latihan kemahiran spatial dan grafik komputer digunakan ke atas responden untuk melihat keberkesanannya untuk meningkatkan kemahiran spatial. Terdapat 2 stategi utama iaitu strategi visual dan tanpa visual yang digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah LK dan menentukan sama ada pelajar menggunakan kefahaman relasional atau kefahaman instrumental dalam penyelesaian masalah Lukisan Ortografik.Semua data kajian ini dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Analisis data melibatkan perbandingan masa visualisasi, masa respon pelajar dan jawapan untuk ujian pra dan ujian pos. Data temubual dengan responden dianalisa untuk memperolehi jenis kefahaman yang digunakan oleh kedua-dua kumpulan ini untuk menyelesaikan masalah.Kajian ini telah mengenalpasti strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan spatial rendah dan tinggi menyelesaikan masalah lukisan ortografik sebelum dan selepas didedahkan kepada tugasan-tugasan kemahiran spatial dan grafik komputer.Kesimpulan kajian mendapati bahawa pendedahan kepada tugasan-tugasan spatial dan grafik komputer membantu pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan spatial rendah untuk menggambarakan objek secara kaedah gabungan holistik dan analitik untuk menyelesaikan masalah-masalah lukisan ortografik.