Zakat gaji: suatu kajian terhadap isu al-Hawaij Alasliyyah dalam pelaksanaan di institusi zakat di Malaysia

Salary is a big portion of zakat collection in Malaysia today, it contributes almost 70 percent of total collection of zakat institutions yearly, the issue of zakat on salary has been discussed by scholars since the those days of sahabah and tabi’in until today. Among the issues are hawl, nisab and al-hawa’ij al-asliyyah. For the case of al-hawa’ij al-asliyyah the practice of zakat institution in Malaysia is to directly convert the exempted amount of personal, spouse and children, which is performed by Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), the practice has raised a question among scholars, they argue whether the exempted amounts are exactly representing the costs of al-hawa’ij al-asliyyah which are required by shariah. This paper aims to explore the perception of shariah on al-hawa’ij al-asliyyah with the specific items which has been discussed in classical fiqh and investigate the suitable items which is currently customized in daily life. The study applied a library research methodology by gathering the data from classical fiqh which investigated the opinions of scholars across of four major mazahib, the analysis of the data was done through document analysis and only the selected opinion was considered. The study found that the Hanafi Jurists among those scholars who strongly propagate the inclusion of Hawa’ij alAsliyyah in zakat calculation, the idea is about to serve the meaning of being wealthy and rich where the group has first to fulfil their basic need before paying the zakat, the study also found that the suitable amount to be exempted for al-hawa’ij al-asliyyah should be referred to the standard used in CPI (Consumer Price Index) for the current application in Malaysia, the amount should be flexible in order cater the unexpected need such as hospitality, education and others. Keywords; Zakat, Zakat Gaji, Mal Mustafad, Al-Hawa’ij Al-Asliyyah, Institusi Zakat Di Malaysia 1. PENDAHULUAN Zakat Gaji dibincang dalam al-mal al-mustafad atau zakat pendapatan, di mana harta ini merangkumi pendapatan lain upahan, ganjaran pendapatan ahli professional lain seperti pendapatan doktor, peguam, konsultan dan pendapatan pindahan lain (Tamirin M. , 1997). Perbincangan zakat pendapatan ini sebagaimana yang diputuskan dalam Nadwah al-Zakat kali pertama di Kuwait pada 1414 hijrah adalah merujuk kepada al-mal al-mustafad. Para fuqaha kontemporari berbeza pandangan mengenai zakat ini sebahagian mereka berpendapat ia adalah wajib dan tidak perlu menunggu kepada hawl (al Qaradawi, 1981) (Salus, 1986) (Zarqa, 1987) (Syubayr, 1995). Adapun sebahagian lain mewajibkan zakat pendapatan dengan syarat ada hawl (Sa'di, 2002), di mana kewujudan syarat ini, kewajipan zakat adalah merujuk kepada zakat simpanan bagi pendapatan setahun. Pelaksanaan pengiraan zakat 1 Management and Humanities, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, 31750 Tronoh, Perak, Tel: 05-3687746 (Off), Fax: 05-3656280 E-Mail: mpisolmatisa@petronas.com.my 422 pendapatan di kebanyakan institusi zakat di Malaysia adalah mengambil kira pandangan pertama iaitu zakat pendapatan dikira berdasarkan kepada tanpa hawl, pendapatan ini telah dicampurkan setahun dan ditolak sebahagiannya sebagai hawaij al-asliyyah (keperluan asas), kebanyakan institusi zakat di Malaysia telah menggunakan kadar expenses yang diguna pakai oleh Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) sebagai sandaran kepada jumlah tolakan dalam pengiraanya, kadar tersebut adalah seperti keperluan peribadi RM 9000, isteri RM 3000 dan setiap orang anak RM 1000 (Negeri, 2013). Adapun kadar nisabnya adalah berdasarkan kepada harga emas pada timbangan berat 85 gram. Pelaksanaan ini adalah antara yang terkini dan sistematik. Negara Islam yang lain seperti Kuwait, Jordan dan Saudi tidak melaksanakan pungutan zakat pendapatan, fokus kutipan mereka adalah kepada zakat perniagaan, Perlaksanaan Sudan adalah menyerupai Malaysia, di mana enekman zakat telah diluluskan dan dijelaskan bahawa zakat pendapatan adalah wajib ia dikira tanpa hawl apabila melepasi nisab selepas mengambil kira keperluan hawaij al-asliyyah (Enakmen Zakat Sudan, 1990) (Juzaily, 2012). Dengan pelaksanaan ini, Institusi-institusi zakat di Malaysia telah berjaya menggandakan kutipan zakat dari tahun ke setahun. Bahkan ia menyumbang hamper 80% daripada jumlah kutipan zakat secara keseluruhannya (Jani, 2012). Sungguhpun begitu masih terdapat ruang-ruang yang perlu kepada perbincangan dan penelitian pada sudut syarak dan pelaksanaan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengulas isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan zakat pendapatan di Institusi zakat antaranya mengenai kadar sandaran antara emas dan perak, hawaij al-asliyyah, dan hawl. 2. KAJIAN LEPAS Kajian utama dan lengkap dalam zakat pendapatan dilakukan oleh Yusof al-Qaradawi dalam kajian PhD nya. Dapatan daripada kajian beliau ialah nisab zakat pendapatan adalah berdasarkan kepada nilai nisab zakat emas dan tidak mengikut pusingan hawl (al Qaradawi, 1981). Kajian lain adalah dilakukan oleh Muhammad Ghazali di mana beliau berpendapat bahawa nisab zakat pendapatan disandarkan kepada kadar nisab zakat pertanian, dimana tempoh pengeluarannya pada tarikh tuaiannya (perolehannya) sebagaimana zakat pertanian (Ghazali, 1987). Terdapat juga kajian lain yang dikemukakan dalam bentuk kertas kerja seminar seperti oleh Muhammad Abu Zuhrah dan Abdul Wahhab Khallaf, kajian mereka adalah dianggap kajian yang paling awal, ia dibentangkan sekitar tahun 1952 di Damsyik, mereka berpendapat bahawa zakat pendapatan adalah perlu kepada Nisab dan Hawl (Muhammad Abu Zahrah, 1972). Di Malaysia perbincangan awal telah dilakukan oleh Abdul Rashid Haji Dail, kajiannya turut merujuk kepada Kajian al-Qaradawi, bahkan Abdul Rashid telah menambah beberapa fakta penting dalam perbincangannya secara khususnya mengenai isu Hawl yang menjadi pokok kepada perbezaan pandangan fuqaha tentang pensyariatannya. Beliau menjelaskan bahawa Hawl mempunyai dua maksud iaitu sebagai satu jangka masa dan kedua satu syarat yang dikenakan ke atas nisab, Abdul Rashid turut menyarankan dalam mengenai penolokan Hawaij al-Asliyyah dalam zakat pendapatan ini, beliau menyokong pandangan Ibn ‘ata’ dan Ibn ‘arabiy yang menggariskan tanggungan utama,sebenar dan biasa perlu diambilkira dalam pengiraan zakat pendapatan (Dail, 1984). Kajian utama mengenai zakat pendapatan di Malaysia telah dilakukan oleh Mujaini Tamirin dalam penyelidikan PhDnya (Tarimin, 1995), selain itu beliau secara konsisten menulis artikal untuk mengharmonikan perlaksanaannya di institusi zakat di Malaysia, beliau menyokong pendapat al-Qaradawi mengenai penggunaan emas sebagai sandaran nisab, manakala mengenai hawl pula beliau cenderung kepada pandangan tiada dikenakan hawl pada pengiraan, bahkan beliau berpendapat bahawa hawl adalah mekanisme bagi menyatukan 423 pendapatan sejenis untuk ditaksirkan bersama walau kuantiti nisab tidak bersambungan (Tamirin, 1997). 2.1 Kewajipan Zakat Gaji Para fuqaha berbeza pandangan mengenai kewajipan zakat pendapatan profesional (kasb alamal wa al-mihan al-hurrah), perbezaan pandangan ini adalah disebabkan oleh beberapa factor utama, iaitu tiada nas yang jelas mengenainya, pendapatan perfesional sungguhpun wujud namun tidak mencapai kepada jumlah nisab zakat dan khilaf pandangan sahabah (r.a) mengenai hawl dalam al-mal al-mustafad (Musa'id). Adapun isu pokok yang menjadi titik perbezaan antara fuqaha dalam zakat pendapatan adalah adakah pengiraan zakat pendapatan mengambil kira syarat hawl atau tidak. Pengiraan yang menggunakan hawl pada hakikatnya adalah merujuk kepada zakat simpanan, kerana syarat hawl ialah keadaan simpanan mesti mencukupi nisab pada tarikh bermulanya pengiraan hawl. Oleh itu pandangan yang mewajibkan penggunaan hawl dalam pengiraan zakat pendapatan sebenarnya mereka tidak bercakap mengenai zakat pendapatan sebaliknya adalah bercakap dalam zakat simpanan wang. Oleh itu pokok kepada perbincangan zakat pendapatan ialah apabila mereka mengambil kesimpulan bahawa zakat mal al-mustafad dikira berdasarkan kepada tarikh penerimaannya. Para fuqaha yang bersetuju dengan zakat pendapatan dan tidak mengguna hawl dalam pengiraan adalah berhujjah dengan nas-nas berikut; Bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman keluarlah (zakat) daripada hasil-hasil yang baik yang diusahakan oleh kamu dan apa yang telah kamu keluarkan daripada bumi.” Imam al-Razi berpandangan bahawa zahir ayat di atas menjelaskan mengenai kewajipan zakat kepada semua harta yang diusahakan oleh manusia, termasuk juga zakat perniagaan, emas, perak, dan ternakan kerana ia adalah terhasil dengan usaha manusia (Imam al Razi, 1994). Hujah lain ialah berdasarkan kepada hadis Nabi (s.a.w); Bermaksud: Sabda Nabi Muhammad (s.a.w) ...ajarlah mereka bahawa Sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas mereka sodaqah (zakat) pada harta mereka, diambil daripada golongan kaya dan diberikan kepada golongan fakir di kalangan mereka (Al-Bukhari, 1989) . Hadis ini adalah bersifat arahan umum kepada semua orang kaya tentang kewajipan membayar zakat. Al-‘Uthaymin mendefinisikan orang kaya ialah mereka yang memiliki nisab, walaupun pada pandangan manusia biasa beliau bukanlah seorang yang kaya (Muhammad, 2011). Imam al-Baji dalam syarahnya menyebut bahawa berdasarkan hadis di atas kewajipan zakat adalah ke atas semua harta, kemudian Rasul (s.a.w.) telah mengkhususkan kepada harta zakat dalam hadis-hadis yang lain (al Baji Abi Walid Sulayman, t.t).