Pembinaan Perisian Multimedia Interaktif Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan Bagi Topik pandangan Tambahan Kelebaran
暂无分享,去创建一个
Pada masa sekarang perisian berunsur pendidikan, agak sukar untuk diperolehi di pasaran tempatan, lebih-lebih lagi untuk matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.Objektif projek ini ialah membina perisian multimedia dengan tajuk Pandangan Tambahan Kelebaran. Dalam proses mereka bentuk perisian yang digunakan ialah Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop, Sound Forge dan AutoCAD. Proses merekabentuk memerlukan kreativiti, kemahiran dalam perisian multimedia, teori pembelajaran dan pandangan pakar. Tajuk perisian ini diperolehi dari sukatan matapelajaran Lukisan Kejuruteraan tingkatan 4 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Gabungan ciri-ciri multimedia interaktif seperti animasi, bunyi, muzik dan grafik akan memberi suasana pembelajaran yang berkesan jika dibandingkan dengan kaedah tradisional. Perisian interaktif ini membolehkan pengguna meneroka dengan bebas mengikut tahap dan minat pengguna. Pengajaran juga boleh dilakukan berulang kali tanpa menyusahkan guru. Pada masa ini, pendekatan pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan di Sekolah Bestari dan dijangka pendekatan ini akan digunakan dengan meluas di semua sekolah. Dengan siapnya perisian, ianya akan menyumbang kepada penambahan industri perisian tempatan.