Tahap Beban Tugas Guru Sekolah Menengah Di daerah Skudai: Kajian Kes

Kajian kes ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap beban tugas guru di dua buah sekolah menengah akademik harian biasa di daerah Skudai Johor. Data telah dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 80 orang guru yang tidak memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran sekolah. Data diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package for Social Science Windows) Version 11.1. Data tersebut dipersembahkan dalam bentuk jadual frekuensi, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan purata beban guru-guru berada pada tahap yang tinggi. Beberapa cadangan untuk kajian lanjutan bagi tajuk ini dibincangkan di bahagian akhir laporan penulisan projek ini.