Kemasukan Pelajar-pelajar Kaum Cina Ke Aliran Vokasional sekolah Menengah Teknik. Kajian Kes Di Sekolah Menengah jenis Kebangsaan Sin Min, Sungai Petani, Kedah

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kaum Cina kurang memilih Sekolah Menengah Teknik (SMT) untuk melanjutkan pelajaran mereka. Sampel kajian terdiri daripada kesemua 103 orang pelajar kaum Cina Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min, Sungai Petani, Kedah yang mempunyai kelayakan memohon memasuki SMT dalam aliran vokasional berdasarkan pencapaian akademik mereka dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2005. Soal selidik telah dipilih sebagai instrumen kajian ini. Semua data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0 for Windows. Dapatan kajian telah menunjukkan faktor minat merupakan faktor utama yang mempengaruhi kemasukan pelajar kaum Cina tidak masuk ke aliran vokasional di SMT, diikuti dengan faktor keluarga, persepsi dan pengetahuan am terhadap aliran vokasional di SMT. Beberapa cadangan diberikan supaya SMT mendapat perhatian daripada pelajar kaum Cina di masa akan datang.