Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan guru Sains sekolah rendah dalam aspek pengajaran iaitu dari segi (a) mendiagnosis dan menilai prestasi pelajar, (b) perancangan pengajaran Sains, (c) penyampaian pengajaran Sains, (d) pengurusan dan pentadbiran kemudahan Sains, dan (e) kemajuan kendiri guru Sains. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti masalah pengajaran guru, cara meningkatkan prestasi pengajaran Sains dan kursus dalam perkhidmatan yang diperlukan. Maklumat ini memberi gambaran keperluan guru secara tidak langsung. Kajian menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Sampel kajian diambil secara rawak berstrata yang terdiri daripada 120 guru-guru Sains daripada 40 buah sekolah rendah di daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman. Analisis kekerapan dan peratusan digunakan bagi mengenal pasti keutamaan keperluan guru. Dimensi pengajaran berkaitan kemajuan kendiri guru sains dan mendiagnosis dan menilai prestasi pelajar merupakan aspek yang sangat diperlukan bantuan oleh guru Sains sekolah rendah. Secara khususnya, mereka mengutamakan bantuan dari aspek (a) menjadi kreatif dalam pengajaran Sains, (b) mendapat maklumat mengenai inovasi/pembaharuan dalam pengajaran Sains, (c) mempertingkatkan pengetahuan mengenai kerjaya yang berkaitan dengan Sains, (d) mempertingkatkan pengetahuan mengenai isu kemasyarakatan yang berkaitan dengan Sains, (e) mempertingkatkan pengetahuan mengenai perkembangan kurikulum Sains, (f) membuat alat mudah makmal Sains, dan (g) mempertingkatkan kelayakan akademik. Hasil kajian ini dapat menjadi asas kepada perancangan, mereka bentuk, dan melaksanakan kursus dalam perkhidmatan untuk guru Sains sekolah rendah.
Kata kunci: Guru Sains, sekolah rendah, keperluan guru, kursus dalam perkhidmatan dan aspek pengajaran
The purpose of this study is to identify the perceived needs of primary science teachers in the teaching of primary science. Components of teaching investigated in this study were (a) diagnosing and evaluating learners for science instruction, (b) planning science instruction, (c) delivering science instruction, (d) managing and administrating science facilities, and (e) science teachers’ self–improvement. This study also aims to identify the problems of teaching science, strategies to improve teaching and the in–service courses needed by science teachers. This information is an indirect measurement of the needs of science teachers. A survey which employs questionnaire was used in this study. Using randomly stratified sampling procedures, 120 primary science teachers were selected from 40 schools in the district of Kota Setar, Kedah Darul Aman. Frequencies and percentage were used to measure the most prevalent needs. The most prevalent needs indicated by science teachers were related to science teachers’ self improvement and diagnosing and evaluating learners for science instruction. More specifically, they indicated great help in the following areas: (a) being creative in science teaching, (b) getting information on innovation in science teaching, (c) improving knowledge of science related career for students, (d) improving knowledge of science related to societal issues, (e) developing knowledge in curriculum development, (f) constructing a simple science equipment, and (g) developing academic qualification. This findings provide base line information in planning, designing, and implementation of an effective in–service programs for primary science teachers.
Key words: Science teachers, primary teachers, teachers’ needs, in-service courses and components of teaching