Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) Bagi Tajuk Pengenalan Kepada Pengaturcaraan Dan Struktur Kawalan Pilihan

Tujuan projek ini ialah untuk membangunkan sebuah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) bagi tajuk Pengenalan Kepada Pengaturcaraan Visual Basic dan Struktur Kawalan Pilihan. Perisian ini boleh digunakan oleh pelajar universiti dan matrikulasi yang mengambil subjek Bahasa Pengaturcaraan Visual Basic. Pembangunan perisian ini berdasarkan model rekabentuk ADDIE. Aliran kerja model ini ialah analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Perisian ini telah menerapkan teori pembelajaran Konstruktivisme dalam penyampaian pelajaran. Perisian multimedia ini dibina menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 dan beberapa perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop CS, Windows Movie Maker, Macomedia Flash MX, Sound Forge 6.0 dan Microsoft Visual Basic 6.0. Perisian ini juga disediakan dalam bentuk pakej CD untuk memudahkan pengedarannya serta ia mempunyai ciri-ciri keselamatan terhadap kandungannya. Adalah amat diharapkan perisian ini dapat memberi manfaat yang sepenuhnya kepada semua pengguna terutamanya pelajar yang mengambil matapelajaran ini.